Selamat Datang ke WIN
Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia (WIN) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Di tubuhkan pada 18hb February 2013, WIN diwakili oleh wanita Malaysia berusia 18thn keatas dari pelbagai agama dan bangsa. Ahli WIN adalah berdedikasi kearah memperkasa wanita Malaysia dalam bidang keusahawanan, kemahiran dan kepakaran. WIN dengan ahli-ahli yang berpengalaman dan baru amat komited kearah kecemerlangan kejayaan perniagaan mereka serta mempromosikan budaya kerja cemerlang dikalangan entrepenur wanita.
WIN
"EMPOWER TO INSPIRE"
HAPPY NEW YEAR 2016
2016 YANG PENUH INSPIRASI
Tahun ini WIN berada dalam tahun ke 3 penubuhannya. Menempuh pelbagai cabaran dan halangan WIN komited untuk menjadikan tahun ini lebih baik dan berjaya. Terima kasih WINners atas sokongan ! WIN adalah dari Wanita Untuk Wanita ! 5 paksi utama menjadi keutamaan WIN untuk memperkasa wanita Malaysia agar mereka ini menjadi inpirasi kepada keluarga, komuniti dan negara. 1. Keusahawanan 2. Jati Diri 3. Keselamatan, kesihatan dan persekitaran 4. Innovasi & Kreativiti 5. Kekayaan Kemenjadian WIN adalah atas semangat berpasukan & perpaduan yang diamalkan. Semoga WIN terus diberikan kekuatan untuk cemerlang dan Gemilang....insyaAllah. Bicara Presiden. |
AS WOMEN, WE MUST STAND UP FOR OURSELVES. AS WOMEN. WE MUST STAND UP FOR EACH OTHER. Wishing all Women....
|
WIN RAKAN NGO PROGRAM APA KATA WANITA MUSIM KE 8
SABTU 16/01/2016 @ KUALA LUMPUR
Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN) telah di berikan kesempatan untuk berada sebagai Rakan NGO Program Bualbicara APA KATA WANITA bagi Musim ke 8. Terima kasih kepada Team AKW khususnya Datin Zamzari Zambri dan Co-host Nur Sakinah diatas peluang dan kepercayaan untuk WIN terus membantu pembangunan Wanita Malaysia melalui perkongsian, kursus dan kemahiran yang boleh membawa transformasi ekonomi menjana pendapatan.
Kita sedia maklum tahun 2016 yang serba mahal adalah penting untuk Wanita terus bangun dan mengejar peluang sedia ada baik oleh pihak kerajaan, agensi berkeanaan dan Persatuan yang aktif. Menjadi sebuah Persatuan yang komited WIN percaya program baru dibawah WIN ENTREPERENEURSHIP DIY yang merangkumi 3 Komponen utama iaitu * WIN ON YOUR MARK * WIN ON CALL * WIN ON THE GO akan menjadi platform yang efisyen dan efektif terutama kepada Ahli-ahli WIN dan Usahawan baru.
WIN EMPOWER TO INSPIRE !