KENAPA PERLU MEMBINA JENAMA PERNIAGAAN ?
Zaman ini, jenama adalah amat amat amat penting. 3 kali AMAT lagi tu…
Jawapannya adalah jenama. Bila anda membina jenama perniagaan anda, perniagaan anda akan stand out from a crowd. Lihat di sekeliling kita. Ada tak perniagaan yang berjaya yang tidak mempunyai jenama?
Sedihnya di Malaysia, tidak banyak perniagaan tempatan yang berjaya membina jenama. Sebab itu juga tidak banyak perniagaan yang bermula kecil-kecilan tempatan yang berjaya berkembang ke luar negara. Ini kerana, ilmu penjenamaan tidak dikirakan penting oleh banyak perniagaan. Kebanyakan perniagaan hanya memikirkan untuk mendapat keuntungan pantas, dan tidak membina jenama untuk jangka panjang.
Membina jenama memerlukan strategi dan proses yang lama. Jenama saya “Irfan Khairi” tidak dibina semalaman… ataupun sehari dua… tetapi memakan masa bertahun-tahun juga. Lihat blog ni pun dah ditulis sejak 2006… untuk membina jenama
Satu kunci jenama adalah, adalah, anda perlu ALL OUT di tahap awal pelancaran jenama. Apabila dah ALL OUT, ianya menjadi mudah untuk maintain sesuatu jenama itu di masa akan datang. Bayangkan seumpama satelit yang dibawa oleh roket yang lift off dari bumi. Ia memerlukan banyak tenaga dan kuasa pada permulaan untuk dilancarkan ke ruang angkasa.
Tetapi, apabila roket tersebut tiba di atmosfera, tiada lagi kuasa dan tenaga yang kuat diperlukan oleh graviti akan membawa satelite tersebut di ruang angkasa.
(Sumber dari Pakar Internet no.1 Irfan Khairi)

- Zaman ini, persaingan adalah amat tinggi
- Zaman ini, kita terdedah lebih daripada 2000 iklan sehari
- Zaman ini, terlalu banyak media promosi- tv, radio, internet, majalah, akhbar… dll
- Zaman ini, terlalu banyak saluran promosi- tv berbagai channel, radio berbagai channel, inetrnet terlalu banyak laman web dan media sosial, makin banyak majalah & akhbar… etc…
Jawapannya adalah jenama. Bila anda membina jenama perniagaan anda, perniagaan anda akan stand out from a crowd. Lihat di sekeliling kita. Ada tak perniagaan yang berjaya yang tidak mempunyai jenama?
Sedihnya di Malaysia, tidak banyak perniagaan tempatan yang berjaya membina jenama. Sebab itu juga tidak banyak perniagaan yang bermula kecil-kecilan tempatan yang berjaya berkembang ke luar negara. Ini kerana, ilmu penjenamaan tidak dikirakan penting oleh banyak perniagaan. Kebanyakan perniagaan hanya memikirkan untuk mendapat keuntungan pantas, dan tidak membina jenama untuk jangka panjang.
Membina jenama memerlukan strategi dan proses yang lama. Jenama saya “Irfan Khairi” tidak dibina semalaman… ataupun sehari dua… tetapi memakan masa bertahun-tahun juga. Lihat blog ni pun dah ditulis sejak 2006… untuk membina jenama
Satu kunci jenama adalah, adalah, anda perlu ALL OUT di tahap awal pelancaran jenama. Apabila dah ALL OUT, ianya menjadi mudah untuk maintain sesuatu jenama itu di masa akan datang. Bayangkan seumpama satelit yang dibawa oleh roket yang lift off dari bumi. Ia memerlukan banyak tenaga dan kuasa pada permulaan untuk dilancarkan ke ruang angkasa.
Tetapi, apabila roket tersebut tiba di atmosfera, tiada lagi kuasa dan tenaga yang kuat diperlukan oleh graviti akan membawa satelite tersebut di ruang angkasa.
(Sumber dari Pakar Internet no.1 Irfan Khairi)
PENSIL DALAM KEHIDUPAN KITA
Ramai yang pernah menggunakan pensil. Tetapi berapa ramai dari kita menyedari PELAJARAN dari sebatang pensil. Kisah cucu dan nenek ini cukup bermakna untuk renungan kita bersama dihujung minggu ini.
Seorang cucu bertanya kepada neneknya yang begitu tekun menulis menggunakan sebatang pensil.
“Nenek memang sedang menulis tentang dirimu, tetapi ada yang lebih penting daripada kata-kata yang sedang nenek tulis, iaitu PENSIL yang nenek gunakan. Mudah-mudahan kamu menjadi seperti pensil ini bila sudah dewasa nanti.”
“Tapi pensil itu sama saja dengan pensil-pensil lain yang pernah kulihat!”
“Itu bergantung bagaimana kamu memandang segala sesuatunya. Ada lima perkara penting dan kalau kamu berjaya menerapkannya, kamu akan setiasa merasa damai dalam menjalani kehidupanmu.
“Pertama, Apabila kamu melakukan sesuatu pekerjaan, jangan pernah lupa ada tangan yang membimbing setiap langkahmu. Tanpa bimbingan kamu sukar berjaya.
“Kedua : Sesekali nenek mesti berhenti menulis dan meraut pensil ini. Pensil ini akan merasa sakit sedikit, tetapi sesudahnya dia menjadi lebih tajam. Begitu pula denganmu, kamu harus belajar menanggung beberapa penderitaan dan kesedihan, sebab penderitaan dan kesedihan akan menjadikanmu orang yang lebih baik .
“Ketiga : Pensil ini membolehkan kita menggunakan pemadam untuk menghapus kesalahan-kesalahan yang kita buat. Tidak salah kalau kita memperbaiki atau membetulkan sesuatu yang pernah kita lakukan. Kita tetap berada di jalan yang benar untuk menuju kejayaan.
“Keempat : Yang paling penting pada sebatang pensil bukanlah bahagian luarnya yang dari kayu, melainkan bahan di dalamnya. Jadi, pastikan kualiti yang berada di dalam dirimu.
“Dan akhirnya, yang kelima : pensil ini selalu meninggalkan bekas. Begitulah dengan apa yang kamu lakukan. Kamu harus tahu bahawa segala sesuatu yang kamu lakukan dalam hidupmu akan meninggalkan bekas, maka berfikirlah sebelum membuat sebarang tindakan”

Berhati-hati pilih kawan....ANDA SUKA SAYA?
Adalah penting untuk mempunyai ramai kenalan kerana ia boleh membantu melancarkan perjalanan karier anda. Anda akan mudah mendapatkan kerjasama yang diperlukan dalam apa jua hal. Ini secara tidak langsung bukan sahaja memudahkan kerja anda tetapi juga menghasilkan banyak peluang untuk anda mempertingkatkan diri dalam kerjaya.
Apakah petua untuk rakan-rakan menyukai kita?
1. Jangan sombong. Baik dari segi pergerakan badan, pandangan mata ataupun pertuturan. Anda tidak akan rugi apa-apa jika bersikap rendah diri.
2. Tunjukkan keikhlasan anda. Anda perlu ingat bahawa semua orang ingin dihargai dan merasa diperlukan. Jangan senyum atau menegur orang hanya ketika anda tidak mempunyai kawan. Setelah mendapat kawan, janganlah pula lupa bertegur sapa dengan orang lain.
3. Percaya akan diri sendiri. Kebanyakan orang senang bergaul dan berkawan dengan mereka yang mempunyai rasa percaya terhadap diri sendiri.
4. Mempunyai perdirian teguh. Secara umumnya, ramai orang lebih menghargai mereka yang berani mengutarakan pendapat. Namun demikian, anda perlu pandai membawa diri, jangan berani secara membuta tuli.
5. Bersikap terbuka. Walaupun mempunyai pendapat sendiri, anda mestilah mendengar pendapat orang lain juga. Sebelum menegur kesilapan orang lain, selidik dahulu keperibadiannya. Dia mungkin adalah seorang yang tidak dapat menerima teguran.
6. Meminta pendapat atau buah fikiran adalah lebih baik daripada meminta bantuan terus. Cara begini akan lebih menimbulkan rasa simpati dan keinginan orang lain untuk membantu anda. Jangan suka memotong percakapan orang lain kecuali betul-betul tidak mempunyai pilihan lain. Pastikan anda melakukannya secara halus dan berdiplomasi.
7. Berikan imej yang baik. Jangan bercakap terlalu lama supaya orang lain juga berpeluang untuk bersuara. Ketika anda berada di kalangan ramai, berusahalah agar kehadiran anda dirasai oleh mereka.
8. Jangan sesekali meminta pertolongan orang lain terutamanya pertolongan yang melibatkan hal peribadi sebelum benar-benar mengenali mereka. Ini adalah kerana sesetengah orang kurang senang dengan orang yang gemar meminta pertolongan.
9. Jaga cara berkomunikasi anda terutamanya dengan mereka yang sering memberi informasi yang berguna. Gunakanlah bahasa yang bersesuaian dan nada yang terkawal. Balaslah panggilan telefon orang lain dengan sopan. Cara ini akan membuatkan mereka rasa senang hati untuk menjawab panggilan anda pada masa depan.
Oleh hal yang demikian, mulai sekarang, anda perlulah berkenalan dengan seramai orang yang mungkin. Mendapatkan kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut. Namun bukan semua orang mudah mendapatkan kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut.

Perkongsian maklumat oleh Peguam Hartanah, Puan Junny Erfisyahry :
Nota ringkas berkenaan kelayakan membeli & menjual rumah kos rendah.
Pertanyaan berkenaan kelayakan membeli rumah kos rendah selalu ditanya oleh orang ramai. Dengan kenaikan harga rumah yang terlalu tinggi, rumah kos rendah menjadi pilihan utama kepada orang ramai yang baru pertama kali ingin membeli rumah. Tetapi, ada kriteria2 yang pihak kami perlu nyatakan agar pihak pembeli tidak keliru dan lebih jelas berkenaan pembelian rumah kos rendah ini.
Syarat-syarat kelayakan:
1) Warganegara M'sia dan berumur 18thn ke atas
2) Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM5,000.00
3) Tidak memiliki sebarang rumah
4) Tertakluk kpd kelulusan pihak berkuasa negeri
Namun, bagi kes lelongan, syarat2 ini dilonggarkan kerana pembelian adalah menerusi lelongan, yang mana sekiranya dikuatkuasakan sepenuhnya maka pihak Bank akan menghadapi kesukaran untuk melelong unit hartanah yang berkaitan, malahan mungkin lebih prejudis untuk memberi pinjaman kepada peminjam kerana kesukaran untuk melelong unit tersebut sekiranya berlaku 'default' / kemungkiran. Walau bagaimanapun, borang pendaftaran pindahmilik unit kos rendah masih perlu disempurnakan bagi memenuhi prosedur pindahmilik.
Kepada penjual pula, rumah kos rendah yang hendak dijual perlu lebih 5 thn dan tertakluk kpd kelulusan pihak berkuasa negeri. Dan prospek pembeli perlu memenuhi kriteria pembelian yang dinyatakan di atas. Nak jual sebelum 5 thn dan kepada pembeli yang tidak layak? Boleh, tak salah untuk membuat permohonan dan kalau ditolak permohonan tersebut, buatlah rayuan sebanyak mungkin kerana kelulusan tertakluk kpd "pihak berkuasa negeri" bukan dengan pihak peguam!
Sebagai memenuhi tuntutan sosial dan etika sebagai firma guaman, pihak kami menyarankan agar penjual dan pembeli perlu LEBIH PEKA & BERTANGGUNGJAWAB dalam memastikan unit kos rendah dimiliki oleh yang berhak. Mungkin pihak pelabur hartanah akan menjuih bibir atau tidak bersetuju dengan pandangan kami tetapi sebagai pelabur hartanah, kita juga ada tanggungjawab sosial yang boleh kita lakukan. InsyaAllah, bertambah berkat pelaburan hartanah kita....

AWANG HITAM....JANGAN JADI MANGSA !!
Hampir setiap hari kita baca di akhbar perihal wanita menjadi mangsa sendiket penipuan oleh awang hitam. Kes ini semakin serius dan Malaysia dikenali sebagai 'port' penipuan ini.
Penggunaan media sosial seperti facebook menjadi tumpuan mereka untuk memancing mangsa dengan menghantar salam perkenalan. Lazimnya gambar yang diletak dan maklumat adalah palsu.
Taktik mereka adalah penggunaan ayat2 cinta yang memuji dan memikat hati. Pujian2 ini akan diakhiri dengan memohon bantuan kewangan, penghantaran parcel, masaalah kastam, masaalah kesihatan dan apa saja yang boleh meraih simpati.
Jangan jadi mangsa dan sentiasa lah berhati-hati apabila puan-puan didatangi salam2 perkenalan dari luar negara oleh jejaka2 Eropah yang kacak !!
Sekiranya puan-puan adalah mangsa...sila buat laporan polis kerana ini dapat membantu pihak berkuasa untuk bertindak dan usaha ini boleh menghalang lebih ramai wanita dari menjadi mangsa mereka.

JIKA KESEMPITAN REZEKI, SILA AMALKAN...
Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Pendek kata rezeki selalu sempit. Ramai juga rakan-rakan teringin sekali nak ke Mekah, tapi belum kesampaian. Puncanya rezeki yang belum ‘mendampingi’ kita!
Apa kata, kita pergiatkan amalan, buat nilaian peribadi kerana Allah memberi jalan kepada setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam perlbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalkan 20 perkara ini, Allah membantu mu...
1) Selalu Menyempatkan diri beribadah
2) Memperbanyak istighfar
3) Meninggalkan perbuatan dosa
4) Senantiasa ingat kepada Allah
5) Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6) Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7) Tunaikan hajat orang lain
8] Banyak berselawat
9) Buat kebajikan sebanyak-banyaknya
10) Berpagi-pagi
11) Menjalin silaturrahim
12) Membiasakan selalu dalam keadaan berwuduk
13) Bersedekah
14) Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud)
15) Membiasakan Solat Dhuha
16) Bersyukur kepada Allah
17) Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu
19) Berikhtiar setelah kuat berusaha
20) Bertawakkal
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Selamat Beribadah dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.